Kehidupan
kita sehari-hari jauh lebih banyak berada di ruang hawa dingin, hal ini
menyebabkan kulit kita lama kelamaan akan kekurangan air. Udara kotor di
luar juga menyebabkan kulit kering, mengelupas dan berkedut.
Namun
sebenarnya hanya dengan cuci muka dengan air ini saja, anda dapat
menyelesaikan masalah kulit ini. Kami berikan tipnya hari ini!
1. Garam dapur
Dengan
menambah sedikit garam dapur ke dalam air, berguna untuk membunuh kuman
dan membersihkan lebihan lemak di kulit sehingga dapat mencegah penuaan
awal. Anda boleh menggunakannya untuk mencuci muka. Mungkin pada mulanya
akan terasa seperti tidak tercuci bersih, tetapi sebenarnya itu adalah
minyak yang keluar dari liang-liang wajah. Hanya dalam masa satu minggu
anda akan merasakan perbezaan warna kulit anda!
2. Madu
Madu
mengandungi sejumlah besar asid amino, hormon, vitamin dan gula yang
diserap tubuh. Kandungan ini berguna untuk melembapkan kulit dan
membunuh kuman. Bagi anda yang berkulit kering, cukup tambah 2-3 titis
madu ke dalam air pencuci muka, kemudian tepuk perlahan di wajah
3. Cuka
Mencuci
wajah dengan air yang ditambah sedikit cuka ternyata juga boleh membuat
wajah lebih lembut dan bersinar serta mengurangkan kedutan. Cuka boleh
mengubah tahap pH kulit, melembutkan kulit muka, meningkatkan kelembapan
serta menambah nutrisi kulit.
Apabila
anda mencuci wajah malam hari, campurkan 1 sudu teh cuka bersama 3 sudu
makan air dan gunakan kapas untuk meratakannya di seluruh wajah.Tepuklah
dengan perlahan kemudian cuci dengan air.
4. Teh hijau
Percubaan
di Jepun membuktikan teh dapat mencegah penuaan 18 kali lebih hebat dari
pada vitamin E serta berkesan untuk menghilangkan kedutan.
Setelah
anda mencuci bersih wajah, sapukan sedikit teh hijau pada wajah dan
tepuk perlahan dengan jari. Atau anda boleh tuang teh ke atas kapas dan
sapu di atas muka 2 – 3 minit kemudian cuci bersih dengan air.
Selamat
mencuba dan Semoga bermanfaat ya!Jika anda rasa maklumat diatas turut
berguna kepada mereka yang memerlukannya, sila bantu kami menyebarkannya
dengan sebarkan dilaman-laman sosial milik anda. Sekian, terima kasih.
sumber : klicsehat
